BY : KEKANDA PANJI HITAM EL-JAWIY...
ZIKIR.. Berapa ramai yang mengjazamkan zikir? adakah hanya zikir
selepas solat. kadang-kadang ada hanya berdoa kemudian terus angkat kaki
tanpa berzikir walaupun hanya 10 kali. Disini kwn cuba bawakan satu definisi dan kegunaan zikir pada kehidupan seharian.Walaupun hanya sedikit kupasan dan pengetahuan. Mudah2an akan berguna dan bermanfaat.. Insyaallah
Kita hidup berharap agar tenang,damai dan berbahagia. tetapi berapa
ramai yang tenang?yang gembira?yang bahagia? ada duit banyak tetapi
runsing. jadi apakah jalannya?.. disini kwn cuba kongsikan bersama.
Ada orang berkata "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca
dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah,
alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali
tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah.
Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang
berkesan melibatkan tiga dimensi iaitui lidah (qauli), hati (qalbi) dan
perlakuan (fikli)
Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan atau dipraktikkan.
Katalah lidah kita mengucapkan Subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. yang bermakna dilafazkan pada lidah.
Namun, pada masa yang sama hati(qalbi) hendaklah merasakan Allah itu
Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang
kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya
diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti
dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
Dimensi Kata, Rasa Dan Tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan
sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan
menyayangi dan memberi "hadiah" kepadanya.
"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah Al-Baqarah: 222)
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada
Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam
syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah At
Tahrim: 8)
Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu
sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu
memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak
memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan
menghina kita?
Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam,
prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci,
lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang
harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi(hati) namanya. kita lafaz di mulut, kita rasa dihati.
Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke
dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan
perlakuannya benar-benar menyucikan Allah.
Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang
Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib,
harus dan sunat dibuat.
Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat,
mencuri, memfitnah, merempit (erk) dan lain-lain dosa yang keji dan
kotor dijauhi
Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli.
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka
kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat
merasakan empat perkara:
1)Rasa kehambaan.
2)Rasa bertuhan.
3)Memahami maksud takdir.
4)Mendapat hikmah di sebalik ujian.
HATI DAN KAITAN DENGAN ZIKIR
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar
kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati
kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak
kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia
ini dan di akhirat nanti.
Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga
penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang
dilarang oleh Allah SWT.
Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati
kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
RASA KEHAMBAAN
Rasa kehambaan? Rasa yang bagaimana? Apakah dimaksudkan dgn rasa kehambaan?
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba
Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil,
lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan,
kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan
nampak segala-galanya itu datang daripada Allah.
"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan
apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan
hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman." (Surah At
Taubah: 51)
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji.
Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak
mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini
samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima
hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang.
Jika kita "memberontak" hati akan bertambah kacau.
Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah
seseorang hamba dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila
dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah
dengan sesuatu yang tidak disukainya.
Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak
mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan
misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin
hidupnya.
Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah
satu "demonstrasi" seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila
diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja' iaitu innalillah wa inna ilaihi rajiun.
"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah,
mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami
kembali." (Surah Al-Baqarah: 156)
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja'?
Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa
kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan
dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba,
bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini
RASA BERTUHAN
Rasa bertuhan? apakah rasa bertuhan? bagaimana dan apakah maksudnya rasa bertuhan?
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti
diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan
kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada
yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang
Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati
sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan RASA BERTUHAN.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya
rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang
hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah
di sisi Allah.
Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya.
Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang mententeramkan
kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan
katanya,
"la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!"
p/s
"la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!"
Ayat ini boleh digunakan utk menghilangkan rasa takut kita bila kita
melalui,merasa,mendengar sesuatu yang membuatkan perasaan kita takut..
sila amalkan dan di sampaikan pada org awam. kwn izinkan.. amin
asa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid
dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan
majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah
yang mempunyai kuasa.
Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa
adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat
pertolongan Allah.
"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat." (Surah Al-Baqarah)
Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya,
berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati
mereka tetap tenang.
"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati
orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada
keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan
Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)
Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman,
semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman:
Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya
kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu
juga memberikannya kebaikan."
MEMAHAMI MAKSUD TAKDIR
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir
Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap
kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya
menyelesaikan masalah itu.
Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust
our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu
mengawal kemudi pelayaran kita.(pergghhh.. kwn hentam je speaking ni,
kalau salah jangan gelak)
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat
bolak-balik,terumbang-ambing, deguk degak, (terutamanya bila diuji)
hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada
kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan
kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga
dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi
kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah
Al-Baqarah : 216)
Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta.
Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka
baiklah dengan Tuhan... mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala
sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka
berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan
begitu.
Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan.
Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah
jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah
kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam
apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah
di sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
"Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak
dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa
keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."
tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan
sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja
Tuhan" yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi
buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan
meningkatkan iman dari semasa ke semasa.
Kata bijak pandai ( Panji Hitam El-Jawiy)"It's not what happens
to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but
how high you bounce back!"
perrgghhhhhh.... hahahahahahha (HANYA SELINGAN)
MENDAPAT HIKMAH DISEBALIK UJIAN
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah
dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya
dapat ditempa oleh "MEHNAH" (didikan langsung daripada Allah melalui
ujian-ujian-Nya)
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian,
bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi
besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat
pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan
ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada
darjat Ulul Azmi(yakni rasul yang paling gigih, sabar dan berani
menanggung ujian)
Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat
golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang
sentiasa diuji.
"Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan
kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai
orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan,
kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman
bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah
Al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif
kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya
Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai
satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk
meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata
"Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu
dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak
hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya,
supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan
sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang
dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong
royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang
antara satu dengan lain. (opsss.. maksud disini berkasih sayang bukanlah menjurus kepada couple eh. hehehehe)
Cukuplah huraian 4 perkara yang perlu ada didalam hati kita. Marilah
kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak
zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia
dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air.
Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama
yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras
dan asasnya. (setuju?)
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk
di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang
luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada
zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira
miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.
Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini menjadi panduan
sahabat2.Jika ada tersilap fakta,hadis atau ayat2 Al-quran. Mohon
perbetulkan. Sekian.. Wallahualam.

PANJI HITAM EL-JAWIY mohon hubungi saya MOHD HAIRIL
ReplyDelete