Amru Ke Madinah Bersama Khalid
kisahnya islamnya amru bin al-ass amat masyhur sekali. Ini adlah kerna beliau memeluk islam bersama-sama dengan khalid al walid,pahlwan quraisy yang sangat hebat. Islamnya amru bin al-ass terjadi pada tahun ke 7 hijrah iaitu setelah peristiwa umratul qadha' nabi bersama-sama 1400 orang sahbat baginda.
kisahnya bermula apabila amru bin al-ass menyaksikan amalan umratul qadha yang dikerjakan oleh Nabi bersama-sama beribu-ribu sahabat baginda di mekkah itu. setelh nabi pulang ke madinah maka amru bin al-ass telah meninggalkn anak2 dan isterinya yang belum islam lalu berangkat ke madinah. dia berangkat hanya seorang diri sahaja. Ini menunjukkan betapa ketika itu imannya sudah tidak tahan-tahan lagi untuk dizahirkan di hadapan Nabi Muhammad S.A.W. di madinah.
tidaklah saya ketahui apakah amru bin al-ass berangkat seorang diri ke madinnah itu setelah dia berusha mengajak isteri dan anak-anaknya agar ikut bersama-sama dengannya atau dia bertindak sendirian sahaja. Apa yang jelas dia telah bertemu dengan Khalid Al-Walid ketika dia smpai di suatu tempat bernama Hudat yang merupakan suatu persimpangan jalan yang terletak di luar mekkah menuju ke madinah.
tidak seprti yang telah berlaku kepada khalid bin al-walid, kepada amru bin al-ass tidak berlaku. Ini kerana dipercayai amru bin al-ass tidak bercakap tentang keinginannya atau hasratnya untuk memeluk menganut agama islam secara terang-terangan dan tidak mengajak rakan-rakan agar turut menganut islam seperti yang dilakukan oleh Khalid bin al-walid. Amru bin al-ass lebih bersikap diam dan menyimpan keinginannya itu dalam hatinya. Lebih-lebih pula dia telah lama islam seperti yang didakwanya. Tentu untuk menyebut tentang agama islam menjadi sangat keberatan kepadanya kerana dia bimbang rakan-rakannya terutama abu sufyan bin harb,safwan bin umayyah dan ikrimah bin abu jahal akan menolak dan menentangnya
Sebaik shaja dia bertemu dengan khalid al-walid di Hudat,amru bin al-ass bertanya kepada Khalid bin Al-Walid
"engkau hendak ke mana?"
"Demi Allah!! skrang akal sihat saya telah bertemu dengan kebenaran, sesungguhnya muhammad adalah seorang Nabi. saya akan pergi ke madinah menemui beliau dan sy akan memeluk islam" Jawap Khalid Bin al-walid berterus terang kepada Amru bin al-ass.
Kemudian Khalid bin al-walid bertanya kepada Amru bin al-ass ;
" bila engkau mahu memeluk islam
Jawab Amru bin al-ass ;
" Demi Allah!! keberangkatan sy ini adalah di atas maksud yang sama"
Kemudian Amru bin al-ass bersama-sama khalid bin al-walid ( sebenarnya bersama-sama seorang lagi iaitu Uthman Bin Talhah) terus berjalan menuju ke madinah untuk menyatakan keislaman mereka di hadapan Nabi.
di sini kita dapati amru bin al-ass lebh bersikap berhati-hati di dalam melahirkan agama islam tidak seprti khalid bin al-walid yang lebh suka berterus-terang dan bersikap tegas tnpa perlu mahu berselindung-selindung lagi seperti sikap atau perangai saudara sepupunya saidina umar bin al-khattab.
di hadapan nabi,amru bin al-ass terus mengucap dua kalimah syahadat setelah khalid bin al walid, setelah selesai memeluk agama islam, amru bin al-ass berkata kepada bagina Nabi ;
" wahai Rasulullah!! saya akan menyatakan sumpah setia sy kepada tuan dengan harapan Allah akan memaafkan terhadap kesalahan saya yang lampa.."
Jawap Nabi pula ;
" Wahai Amru bin al-ass! bersumpah setialah engkau, kerana islam menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu.. dan hijrah ini pun telah menghapuskan perbuatan-perbuatan yang sebelumnya."
dengan itu islamlah amru bin al-ass dan dia sangat disayangi oleh nabi sehingga kerana nabi sangat memberi perhatian kepadanya, dia menyangka dialah orang yang paling disayangi oleh nabi.
untuk menghilangkan kesangsian hatinya itu,pada suatu hari dia telah bertanya kepada Nabi, siapakah orang yang paling baginda sayang? pertanyaan itu adalah dengan sangkaan nabi akan mengatakan dialah orang yang paling baginda sayang, tetapi Nabi menjwap bermaksud ;
"Aisyah"
" maksud saya orang lelaki," tanya amru bin al-ass lagi
"bapanya" jawap baginda pula.
maka tahulah amru bin al-ass bahawa tidak semestinya beliau adalah orang yang paling dicintai oleh Nabi sekalipun sangat memberi perhatian kepadanya. Ini kerana Nabi adalah seorang pemimpin umat yang besar, baginda perlu menjaga hati semua pengikut baginda tidak kira siapa. Lebih-lebih pula terhadap seorang tokoh besar sepertinya yang baru memeluk islam, perhatian yang lebih perlu diberi agar orang yang baru memeluk islam itu menjadi semakin sayang kepada pembawa agama yang baru dianutinya itu.
No comments:
Post a Comment