Followers

Thursday, 20 December 2012

Khalid ditugaskan menghancurkan berhala uzza

setelah kota mekkah ditakluk dengan selamatnya maka semua berhala yang besar dan kecil yang ada dis sekeliling kaabah dan didalam rumah-rumah orang di mekah dimusnahkan habis, yang masih belum dimusnahkan ialah beberapa buah berhala besar yang terleltak di luar mekah. salah satunya iaitu berhala uzza. letak berhala ini dekat dengan nakhlah di mana tempat berlakunya perang nakhlah yang dipimpin oleh abdullah bin jashsyi melawan amru bin al-hadhrami dahulu. ini adalah satu-satunya berhala besar yang dipuja oleh kaum musyrikin quraisy dan kaum kinanah.

berhala dikatakan mempunyai penunggu yang akan membinasakan sesiapa sahaja yang mahu memusnahkannya. maka pada 25 ramadhan tahun ke 8 hijrah nabi muhammad s.a.w. telah memerintah kepada khalid al walid supaya pergi meroboh berhala uzza itu.

maka berangkatlah khalid bin al-walid bersama-sama dengan 30 orang anggota pasukannya menuju ke tempat berdirinya berhala uzza itu. setelah meruntuh dan menghancurkannya, maka khalid bin al-walid bersama-sama pasukannya kembali semula ke madinah mengadap nabi. Nabi bertanya kepadanya ;

   "adakah engkau ada melihat sesuatu di situ"
   "tidak ada apa-apa wahai rasulullah" jawap khalid bin al-walid

" kalau demikian kamu masih sebenar masih belum memusnahkannya. kembalilah kamu kepadanya dan musnahkanlah dia" jawab nabi muhammad s.a.w. sambil memberi arahan kali kedua pula kepada khalid bin al-walid.

tanpa berlengah lagi berangkatlah khalid bin al-walid bersama-sama anggota pasukannya seramai 30 orang itu pergi semula ke tempat berhala uzza yang telah diroboh itu. Setelah dia dan pasukannya sampai disana, tiba-tiba khalid bin al-walid melihat seorang perempuan hitam yang bertelanjang bulat dengan rambut yang mengerbang keluar dari tempat duduk berhala uzza yang telah hancur itu.

maka khalid bin al-walid dengan pedang yang sudah terhunus ditangannya terus maju untuk, menebas perempuan hitam itu, tetapi usahanya itu dengan cepat cuba dihalang oleh penjaga berhala uzza yang berada di situ . Penjaga berhala uzza itu menjerit-jerit kepada khalid bin al-walid agar dia janganlah membunuh perempuan hitam yang bertelanjang itu. Tetapi khalid bin al-walid dengan garang terus mendekati perempuan hitam itu dan terus memarang badannya sehingga putus dua. Setelah itu khalid bin al-walid tanpa menghiraukan sesiapa lagi terus membawa pasukannya pulang semula ke madinah untuk melaporkan perkara itu kepada nabi muhammad s.a.w.

setelah melaporkan kepada nabi, maka nabi menjawap

               " Ya, itulah dia uzza, sesungguhnya ia telah putus harapan untuk disembah di negeri kamu ini buat selama-lamanya."

No comments:

Post a Comment