penyerahan kota jerusalem kepada pihak kekuasaan islam berjalan dengan baik tanpa gangguan. ketika paderi besar jerusalem iaitu Uskup agong sophronius menyerahkan kota jerusalem kepada khalifah umar bin-al khattab, panglima hebat si kancil amru bin al-ass turut menyaksikannya.. dia bersama-sama panglima agong abu ubaidan bin al-jarrah, panglima khalid bin al-walid, panglima yazid bin abu sufyan, panglima mu'awiyah bin abu sufyan, panglima dhirar bin khattab dan beberapa orang panglima lagi melihat peristiwa besar itu. dia berasa betapa bertuahnya seorang khalifah yang begitu agong telah datang mengambil sebuah wilayah yang mengandungi sebuah kota yang begitu besar tanpa pertumpahan darah. lambang kekuatan dan kehebatan agama dan para pejuang islam terserlah pada masa pemerintahan khalifah umar bin al-khattab.. ini sungguh mengkagumkan.
bahkan bukan sahaja panglima amru bin al-ass yang merasa kagum melihat kehebatan dan kebesaran khalifah umar bin al-khattab, malah para pembesar kerajaan rom timur juga yang sebelumnya menguasai kota jerusalem. Mereka sungguh kagum melihat seorang Pemimpin Tertinggi Negara Islam hanya memakai pakaian yang lusuh,kumal dan bertampal dengan wajah yang cukup hebat dan tanpa diiringi oleh para pengawal untuk mengawal dan menjaga keselamatan diri daripada serangan yang mungkin terjadi semasa menerima peralihan kuasa daripada pihak yang sebelum ini amat perkasa dan sukar ditewaskan. Itulah penglihatan panglima amru bin al-ass terhadap khalifah umar al-khattab pada masa itu
setelah menerima penyerahan kunci kota jerusalem kepadanya bagi pihak kerajaan islam, maka khalifah umar bin al-khattab bersama-sama dengan para panglimanya serta askar-askar seluruhnya berjalan memasuki pintu gerbang stepanus, pintu gerbang utama kota jerusalemm dengan dialu-alukan oleh seluruh penduduknya.
panglima hebat si kancil amru bin al-ass turut mengiringi khalifah umar bin al-khattab sehingga baginda khalifah sampai di tempat yang dipandang suci oleh semua pihak seperti pihak islam,yahudi dan kristian iaitu di masjidil aqsa. di sana khalifah umar bin al-khattab telah diiring ke sebuah tempat yang dipandang suci oleh semua agama termasuk islam . tempat itu ialah tempat baru karang, di mana mengikut kepercayaan para penganut agama yahudi bahawa di situlah nabi Ya'qub a.s. menerima wahyu baginda yang pertama.
Panglima amru bin al-ass juga telah mengerjakan sembahyang fardhu zohir bersama-sama khalifah umar al-khattab di atas bukit zion sebelum itu paderi agong jerusalem iaitu uskup agong sophronius menawarkan kepada khalifah umar bin al-khattab untuk mengerjakan sembahyang di dalam gereja mereka. tapi khalifah umar menolak tawaran itu dengan alasan yang amat baik.
No comments:
Post a Comment