Followers

Thursday, 23 August 2012

Tingkat-Tingkat Nafsu


Allah jadikan makhluk pelbagai jenis. Ada jenis yang hanya diberi jiwa suci tanpa nafsu, iaitu malaikat. Ada yang diberi nafsu sahaja tanpa akal iaitu binatang. Ada yang diberi akal dan nafsu serta perasaan iaitu manusia. Nafsu manusia terbahagi kepada beberapa peringkat. Diantaranya ialah:
1. Ammarah
2. Lawwamah
3. Mulhimah
4. Mutmainnah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamilah

Hakikat nafsu, ia sentiasa mengajak kepada kejahatan. Firman Allah s.w.t.:
"Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan." (Yusuf: 53)
Walaupun nafsu sentiasa mengajak kepada kejahatan tetapi Allah memberi keistimewaan kepada manusia iaitu kemampuan dan kekuatan untuk mengendalikan nafsu sehingga menjadi baik dan boleh didorong kepada kebaikan. Nafsu yang terdidik ialah nafsu mutmainnah. Mutmainnah ialah nafsu ahli syurga.
"Wahai nafsu mutmainnah(nafsu yang tenang) kembalilah kepada Tuhan kamu dengan hal saling redha meredhai. Masuklah ke dalam golongan hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu." (Al-Fajr: 27-30)Kesimpulannya, nafsu terbahagi kepada dua iaitu nafsu baik dan nafsu jahat. Siapa yang dikuasai salah satu daripadanya dia akan bersifat dengan pilihannya itu.
Proses ke arah itulah yang disebut Mujahadatunnafsi (melawan hawa nafsu) seperti sabda Rasulullah s.a.w.:-
"Orang yang berjuang atau berjihad sebenarnya ialah orang yang berjuang melawan nafsu dan menundukkan dan mengendalikannya sehingga taat kepada Allah." [Riwayat Tirmizi]
TINGKAT DAN MAQAM NAFSU MANUSIA

>> NAFSU AMMARAH ialah nafsu paling jahat yang sentiasa mengajak manusia yang dikuasai ke arah kejahatan, melakukan dosa dan berseronok melakukannya. Firman Allah s.w.t.:
"Sesungguhnya nafsu Ammarah itu sangat menyuruh berbuat jahat." (Yusuf:53)
SIFAT-SIFAT ORANG BERNAFSU AMMARAH:
1. Selalu terdedah kepada godaan nafsu dan syaitan. Nafsu Ammarah sentiasa menyuruh seseorang berbuat jahat sama ada dia faham perbuatan itu jahat atau tidak.
2. Tidak merasa dika atau menyesal atas perbuatan jahatnya malah perasaannya lega dan gembira.
3. Terlalu gembira apabila mendapat nikmat dan berputus asa jika ditimpa kesusahan. Allah menggambarkan dalam firmanNya:
"Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengannya. Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah akibat kesalahan tangan mereka sendiri, lantas mereka akan berputus asa." (Ar-Rum: 36)
4. Sifat-sifat keji yang timbul dari benih nafsu Ammarah ini ialah bakhil, tamak kepada harta dunia, cintakan keduniaan, sombong, takbur, kedekut, hasad dengki, lalai terhadap Allah, dendam dan lain-lain.
Barang siapa mendapati dirinya ada salah satu sifat tersebut, itu tandanya dia termasuk ke dalam golongan ammarah. Orang berilmu atau tidak juga boleh terjebak dalam golongan ini.
Nafsu Ammarah ialah serendah-rendah darjat dan sejahat-jahat nafsu dalam dunia Tasawuf. Tempat yang wajar untuk golongan ini ialah kawah neraka yang penuh dengan azab pedih. Na'uzubillahi min zalik.


>> NAFSU LAWWAMAH ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri atau mencela diri sendiri jika berlaku suatu kejahatan/dosa keatas dirinya sendiri. Sebagai contoh, jikalau dirinya tertinggal solat, hatinya akan menyesal dan segera memohon keampunan Allah, kemudian mengqahaknya. Bila terlajak berbuat dosa, dia segera menyesal. Walau bagaimanapun, dirinya masih berat melakukan kebajikan dan taat masih terasa berat sehingga dilakukan dalam keadaan TERPAKSA.
"Aku bersumpah dengan nafsu Lawwamah (pencerca dan pengkritik diri)." (Al-Qiyamah: 2)
Walaupun hatinya boleh dan mudah terdorong ke arah ibadah dan kebaikan, tetapi nafsunya masih belum dapat ditundukkan sepenuhnya walaupun Nafsu Lawwamah lebih tinggi daripada Nafsu Ammarah kerana golongan ini melakukan sesuatu dengan ilmu dan kenal kejahatan dengan ilmu.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan jadikan untuknya penasihat dari hatinya sendiri." [Riwayat Abu Mansur, ad-Dailami]

SIFAT-SIFAT ORANG BERNAFSU LAWWAMAH:
1. Mencela kesalahan diri sendiri.
2. Selalu berfikir mengenang dosa dan keburukannya.
3. Rasa takut bila bersalah.
4. Mengkritik terhadap apa jua yang dikatakan kejahatan.
5. Mudah merasa riak iaitu hendak menunjuk-nunjuk kepada orang apabila membuat kebaikan.
6. Mudah merasa sum'ah iaitu ingin memperdengarkan atau memberitahu orang suatu kebajikan yang dibuatnya supaya mendapat pujian.
7. Mudah merasa ujub, iaitu perasaan yang menolak dalam hati, merasakan diri lebih baik daripada orang lain walaupun zahirnya dia menunjukkan seperti sifat tawadhuk, pemurah dan segala sifat-sifat mazmumah yang tidak mampu dilawan dan sedang menguasai hatinya.
Martabat nafsu Lawwamah terletak pada kebanyakkan orang awam. Syurga untuk orang martabat ini TIDAK TERJAMIN, kecuali setelah mendapat keampunan Allah dan rahmatNya.
Jalan selamat untuk orang yang bersifat nafsu Lawwamah ialah perlu sentiasa bergaul dengan orang baik dan sentiasa berada dalam lingkungan yang baik. Dia hendaklah menjauhi kawan-kawan dan suasana jahat, kerana hatinya mudah tergoda dan terikut dengan kejahatan.
Selain itu, orang yang berada pada maqam nafsu ini hendaklah:
1. Belajar dan berusaha melatih diri untuk bermujahadah nafsu, membenci maksiat dan menanam rasa cinta kepada kebaikan.
2. Dibantu dengan zikrullah supaya hati menjadi lembut.
3. Setelah itu dibantu lagi dengan berdoa memohon bantuan Allah bagi memudahkan melawan nafsu yang jahat.
4. Hendaklah dipimpin oleh seorang guru mursyid.
>> NAFSU MALHAMAH ialah setelah seseorang melalui mujahadah yang sungguh-sungguh untuk meleburkan nafsu Ammarah dan Lawwamah, maka nafsunya akan meningkat kepada nafsu Mulhamah. Nafsu peringkat ini sudah menerima latihan proses KESUCIAN HATI atau Mujahadatunnafsi. Tiada lintasan-lintasan kotor atau was-was syaitan lagi, sebaliknya malaikat atau Allah mengilhamkan kebaikan pada hatinya.
"Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik. Sesungguhnya orang yang menyucikan hatinya mendapat kemenangan dan orang yang mengotorkan hatinya akan rugi (celaka)." (Al-Syam: 8-10)
SIFAT-SIFAT ORANG BERNAFSU MULHAMAH:
1. Tidak sayangkan harta, tidak cinta dunia.
2. Merasa cukup dengan kurniaan Allah (qanaah).
3. Mendapat ilmu laduni atau ilham.
4. Timbul rasa rendah diri kepada Allah.
5. Taubat yang yang sebenar-benarnya.
6. Sabar yang hakiki.
7. Tahan menerima kesusahan dan lan-lain sifat mazmumah.
Mereka dalam martabat ini mula masuk ke SEMPADAN WALI ALLAH dan mula mencapai fana yang menghasilkan makrifat dan hakikat. Walau bagaimanapun sifat-sifat baik sama ada zahir atau bathinnya belum benar-benar berakar dengan teguh dalam diri dan hatinya. Oleh itu, dia perlu menjaganya dengan mengawal diri dan hatinya serta perlu meningkatkan mujahadah dan amalan solehnya kerana ujian keatasnya setiap ada. Sekiranya dia tidak berjaga-jaga, Allah akan mencabut semula maqam itu menjadi Lawwamah.

>> NAFSU MUTMAINNAH terhasil daripada latihan yang berterusan, nafsu Mulhamah akan meningkatkepada nafsu Mutmainnah. Hati sudah sampai peringkat SUCI dan TENANG. Nafsu Mutmainnah ialah martabat nafsu pertama yang telah mula mendapat Keredhaan Allah dan layak masuk ke syurga. Firman Allah s.w.t.:
"Wahai orang yang bernafsu Mutmainnah, pulanglah ke pangkuan Tuhanmu dalam keadaan redha-meredhai dan masuklah ke dalam golongan hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu." (Al-Fajr: 27-30)
Orang yang memiliki nafsu Mutmainnah, dikatakan seorang Mukmin yang bertaqwa. Hati dan jiwanya tetap tenang walau ditimpa musibah yang berat. Tenang dalam menghadapi sebarang keadaan.

SIFAT-SIFAT ORANG BERNAFSU MUTMAINNAH:
1. Murah hati.
2. Tawakal yang benar.
3. Arif dan bijaksana.
4. Kuat beribadah.
5. Syukur yang benar.
6. Redha pada segala hukuman Allah.
7. Takwa yang benar dan lain-lain sifat mahmudah.


>> NAFSU MARDHIAH adalah hasil kegigihan melatih diri untuk memakrifatkan diri kepada Allah daripada maqam Nafsu Mutmainnah. Orang ini memiliki keseluruhan sifat mahmudah dan kuat hubungan hatinya dengan Allah. Orang ini mendapat pimpinan ilmu laduni dan mempunyai pandangan mata hati yang tajam atau dikenali sebagai FIRASAT.
Rasulullah s.a.w. bersabda" Takutilah akan firasat orang Mukmin, kerana mereka (orang mukmin) melihat dengan Nur Allah (petunjukNya)." [Riwayat Tirmizi]
Tabiat orang diperingkat ini luar biasa, ia tidak takut kepada bala Allah dan tidak tahu gembira pada nikmatNya kerana yang dia tahu hanya keredhaan Allah dan hukumanNya. Allahu Robbi!
"Sesungguhnya wali-wali Allah tidak pernah merasa takut dan bimbang." (Yunus: 62)
Nafsu mereka sudah terkikis dari akar umbinya dan mereka disinari oleh Nur Syuhud kepada Makrifat, bertalu-talu masuk ke dalam hati nurani yang tetap waja itu. Alam di sekeliling laksana cermin. Apabila dia melihat alam yang dilihatnya ialah Allah kerana semuanya hasil ciptaanNya. Hal ini berlaku setiap ketika. Maqam ini disebut juga sebagai maqam Musyahadah sepertimana Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadithnya mengenai sifat al-Ihsan yang bermaksud:
"Maksud Ihsan ialah apabila engkau menyembah Allah, hendaklah terasa seolah-olah engkau melihatNya. Jika engkau tidak dapat melihat Allah, ketahuilah bahawa Dia melihat kamu." [Riwayat Muslim]
Sifat-sifat mahmudah yang lahir dari Nafsu Radhiah ialah zuhud, ikhlas, warak, memelihara hukum-hukum Allah dan lain-lain sifat kerohanian yang tinggi.
Maqam nafsu ini hanya dapat dicapai oleh para wali Allah. Mereka dapat merasa nikmat melakukan kebajikan dan berbudi luhur. Zikir wiridnya hebat, bukan sekadar dilidah tetapi hatinya penuh khusyuk dan tawadhuk mengingati Allah s.w.t.
Firman Allah dalam al-Quran:
"Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dalam keadaan merendahkan diri dan takut." (Al-A'raf: 205)
NAFSU MARDHIAH ialah mereka yang telah sampai ke peringkat nafsu lebih tenang dan tenteram. Hati dan jiwanya telah benar-benar sebati dengan Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila kamu sekalian melihat seseorang mukmin itu pendiam dan tenang, maka dekatilah dia. Sesungguhnya dia akan mengajar kamu hikmat." [Riwayat Ibnu Majah]
Segala gerak geri orang diperingkat ini, diredhai Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadith Qudsi bahawa Allah berfirman, maksudnya:
"Sentiasalah hambaKu berdampingan kepadaKu dengan mengerjakan ibadah sunat sehingga Aku kasihkan dia. Maka apabila Aku kasihkan dia nescaya Aku Pendengarannya yang dia mendengar dengannya, Penglihatan yang dia melihat dengannya, Pertuturan lidah yang dia bertutur dengannya, Penampar tangannya yang dia menampar dengannya dan Berfikir Hatinya yang dia berfikir dengannya." [Riwayat Bukhari]

Orang yang dapat mencapai martabat nafsu Mardhiah ini digelar wali Allah dalam martabat yang istimewa. Sifat-sifat kerohanian mereka ialah:
1. Elok dan tinggi budinya umpama nabi-nabi.
2. Lemah lembut dalam pergaulan masyarakat.
3. Sentiasa ghairah untuk berdamping dan beribadah dengan Allah.
4. Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah dan lain-lain sifat terpuji.

>> NAFSU KAMILAH ialah orang di peringkat tingkatan-tingkatan nafsu yang tertinggi kesuciannya. Setiap perlakuannya benar-benar mengikut garisan keredhaan Allah dan tidak pernah terdorong oleh hasutan nafsu dan syaitan kepada kejahatan. Cintanya tertumpu kepada Allah, ingatan kepadaNya tidak pernah putus. Allah s.w.t. membayang-kannya dalam hadith qudsi yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah lama orang-orang yang baik itu rindu untuk bertemu dengan Aku dan sebaliknya Aku lebih rindu akan bertemu mereka." [Riwayat Abu Darda']
Hanya para Rasul, para Nabi dan para wali Allah sahaja yang boleh sampai ke taraf nafsu Kamilah. Orang soleh, pejuang kebenaran boleh menuju ke tingkat nafsu yang tinggi ini dengan proses mujahadah yang bersungguh-sungguh InsyaAllah.
Apabila kita sudah mengenal di tahap mana nafsu kita, maka dapatlah kita berusaha meningkatkannya ke peringkat yang lebih tinggi dan mendorongnya kepada kebaikan. Bahkan tuntutan meningkatkan nafsu ke maqam yang tinggi AMAT DIPERINTAHKAN. Ini kerana orang yang berada di peringkat nafsu terendah sentiasa berada dalam suasana maksiat dan menderhakai Allah. Maka wajib bagi kita meninggalkan segala maksiat dan kembali menjadi hamba Allah yang taat insyaAllah.


Sumber : dari ABANG TAI LONG :)

Menangis lah..

Ketika kanak-kanak,
menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.

Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.

Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,menuntut seluruh kosentrasiku, memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.

Ketika usiaku berada di penghujung..
aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmad utk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA! !

mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara2 remeh meliputi hal2 duniawi..tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA,kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia,sehingga kita lupa utk menangis atas kurangnya harta serta saham utk alam abadi kelak,kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih,isteri atau suami serta anak2,tetapi kita alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA.Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi,namun kita gagal untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun..

renung-renungkanlah ..saya mengingatkan diri saya yang selalu lupa untuk MENANGIS keranaNya..sebagai panduan kita bersama..


tautan dari sahabat ku  bernama : ad 

Wednesday, 8 August 2012

antara perkara BERAT yang di RINGAN kan



1-bersalaman dihari raya dengan sepupu/pakcik makcik import yg bukan mahram,konon nak eratkan silaturrahim,masuk dalam dosa haram hehe

2-pakai purdah,tudung labuh lengkap,tangkap gambar,tunjuk peace..xsedar pergelangan tangan terbuka hehe..


3-stoking tak pakai,pakai baju seluar,tp ketat..hehe

3-memaki hamun dengan perkataan "anak haram kau ni",ini ibarat kepada tuduhan ibu bapa org yg kena maki tu berzina..menuduh ibu bapanya berzina..berat tuduhan tu...jaga2..


4-bukak baju,pusat duk terjelir hehehe...nampak biasa je,tapi berat tuu..biasa la tak pakai baju ni bg org2 kmpung,nk bukak baju,bukak la,tp jgn sampai pusat tu nampak


5-kerja dikaunter2 bank,pegang tgn pelanggan utk amik cop jari..hehe...naya nayaa...


6-kerja dikedai2 yg menjual arak,spt 7e.. cashier pakai tudung molek,tp jika pelanggan berjual beli arak,cashier ni la yg tukang amik duit pelanggan tu..maka,bersubahat didalam kerja arak,maka sumbernya tetap dari arak..


7-kalau ado lagi,sila tambah sendiri hehe...Allah Allah ALlah

Monday, 6 August 2012

Tentera Islam dalam Peperangan Badar Al-Kubra 17 Ramadhan




Berikut disenaraikan nama tentera-tentera Badar Al-Kubra, yang diketuai oleh pemimpin agung kita, Penghulu Para Nabi dan Rasul! selawat dan salam keats nabi muhammad serta ahli keluarga dan para sahabat baginda..semoga Allah merahmati mereka..

1. Sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w.
2. Abu Bakar al-Siddiq r.a.
3. Umar bin al-Khattab r.a.
4. Uthman bin Affan r.a.
5. Ali bin Abu Tolib r.a.
6. Talhah bin ‘Ubaidillah r.a.
7. Bilal bin Rabbah r.a.
8. Hamzah bin Abdul Muttolib r.a.
9. Abdullah bin Jahsyi r.a.
10. Al-Zubair bin al-Awwam r.a.
11. Mus’ab bin Umair bin Hasyim r.a.
12. Abdur Rahman bin ‘Auf r.a.
13. Abdullah bin Mas’ud r.a.
14. Sa’ad bin Abi Waqqas r.a.
15. Abu Kabsyah al-Faris r.a.
16. Anasah al-Habsyi r.a.
17. Zaid bin Harithah al-Kalbi r.a.
18. Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi r.a.
19. Abu Marthad al-Ghanawi r.a.
20. Al-Husain bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
21. ‘Ubaidah bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
22. Al-Tufail bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
23. Mistah bin Usasah bin ‘Ubbad bin Abdul Muttolib r.a.
24. Abu Huzaifah bin ‘Utbah bin Rabi’ah r.a.
25. Subaih (maula Abi ‘Asi bin Umaiyyah) r.a.
26. Salim (maula Abu Huzaifah) r.a.
27. Sinan bin Muhsin r.a.
28. ‘Ukasyah bin Muhsin r.a.
29. Sinan bin Abi Sinan r.a.
30. Abu Sinan bin Muhsin r.a.
31. Syuja’ bin Wahab r.a.
32. ‘Utbah bin Wahab r.a.
33. Yazid bin Ruqais r.a.
34. Muhriz bin Nadhlah r.a.
35. Rabi’ah bin Aksam r.a.
36. Thaqfu bin Amir r.a.
37. Malik bin Amir r.a.
38. Mudlij bin Amir r.a.
39. Abu Makhsyi Suwaid bin Makhsyi al-To’i r.a.
40. ‘Utbah bin Ghazwan r.a.
41. Khabbab (maula ‘Utbah bin Ghazwan) r.a.
42. Hathib bin Abi Balta’ah al-Lakhmi r.a.
43. Sa’ad al-Kalbi (maula Hathib) r.a.
44. Suwaibit bin Sa’ad bin Harmalah r.a.
45. Umair bin Abi Waqqas r.a.
46. Al-Miqdad bin ‘Amru r.a.
47. Mas’ud bin Rabi’ah r.a.
48. Zus Syimalain Amru bin Amru r.a.
49. Khabbab bin al-Arat al-Tamimi r.a.
50. Amir bin Fuhairah r.a.
51. Suhaib bin Sinan r.a.
52. Abu Salamah bin Abdul Asad r.a.
53. Syammas bin Uthman r.a.
54. Al-Arqam bin Abi al-Arqam r.a.
55. Ammar bin Yasir r.a.
56. Mu’attib bin ‘Auf al-Khuza’i r.a.
57. Zaid bin al-Khattab r.a.
58. Amru bin Suraqah r.a.
59. Abdullah bin Suraqah r.a.
60. Sa’id bin Zaid bin Amru r.a.
61. Mihja bin Akk (maula Umar bin al-Khattab) r.a.
62. Waqid bin Abdullah al-Tamimi r.a.
63. Khauli bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
64. Malik bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
65. Amir bin Rabi’ah r.a.
66. Amir bin al-Bukair r.a.
67. Aqil bin al-Bukair r.a.
68. Khalid bin al-Bukair r.a.
69. Iyas bin al-Bukair r.a.
70. Uthman bin Maz’un r.a.
71. Qudamah bin Maz’un r.a.
72. Abdullah bin Maz’un r.a.
73. Al-Saib bin Uthman bin Maz’un r.a.
74. Ma’mar bin al-Harith r.a.
75. Khunais bin Huzafah r.a.
76. Abu Sabrah bin Abi Ruhm r.a.
77. Abdullah bin Makhramah r.a.
78. Abdullah bin Suhail bin Amru r.a.
79. Wahab bin Sa’ad bin Abi Sarah r.a.
80. Hatib bin Amru r.a.
81. Umair bin Auf r.a.
82. Sa’ad bin Khaulah r.a.
83. Abu Ubaidah Amir al-Jarah r.a.
84. Amru bin al-Harith r.a.
85. Suhail bin Wahab bin Rabi’ah r.a.
86. Safwan bin Wahab r.a.
87. Amru bin Abi Sarah bin Rabi’ah r.a.
88. Sa’ad bin Muaz r.a.
89. Amru bin Muaz r.a.
90. Al-Harith bin Aus r.a.
91. Al-Harith bin Anas r.a.
92. Sa’ad bin Zaid bin Malik r.a.
93. Salamah bin Salamah bin Waqsyi r.a.
94. ‘Ubbad bin Waqsyi r.a.
95. Salamah bin Thabit bin Waqsyi r.a.
96. Rafi’ bin Yazid bin Kurz r.a.
97. Al-Harith bin Khazamah bin ‘Adi r.a.
98. Muhammad bin Maslamah al-Khazraj r.a.
99. Salamah bin Aslam bin Harisy r.a.
100. Abul Haitham bin al-Tayyihan r.a.
101. ‘Ubaid bin Tayyihan r.a.
102. Abdullah bin Sahl r.a.
103. Qatadah bin Nu’man bin Zaid r.a.
104. Ubaid bin Aus r.a.
105. Nasr bin al-Harith bin ‘Abd r.a.
106. Mu’attib bin ‘Ubaid r.a.
107. Abdullah bin Tariq al-Ba’lawi r.a.
108. Mas’ud bin Sa’ad r.a.
109. Abu Absi Jabr bin Amru r.a.
110. Abu Burdah Hani’ bin Niyyar al-Ba’lawi r.a.
111. Asim bin Thabit bin Abi al-Aqlah r.a.
112. Mu’attib bin Qusyair bin Mulail r.a.
113. Abu Mulail bin al-Az’ar bin Zaid r.a.
114. Umair bin Mab’ad bin al-Az’ar r.a.
115. Sahl bin Hunaif bin Wahib r.a.
116. Abu Lubabah Basyir bin Abdul Munzir r.a.
117. Mubasyir bin Abdul Munzir r.a.
118. Rifa’ah bin Abdul Munzir r.a.
119. Sa’ad bin ‘Ubaid bin al-Nu’man r.a.
120. ‘Uwaim bin Sa’dah bin ‘Aisy r.a.
121. Rafi’ bin Anjadah r.a.
122. ‘Ubaidah bin Abi ‘Ubaid r.a.
123. Tha’labah bin Hatib r.a.
124. Unais bin Qatadah bin Rabi’ah r.a.
125. Ma’ni bin Adi al-Ba’lawi r.a.
126. Thabit bin Akhram al-Ba’lawi r.a.
127. Zaid bin Aslam bin Tha’labah al-Ba’lawi r.a.
128. Rib’ie bin Rafi’ al-Ba’lawi r.a.
129. Asim bin Adi al-Ba’lawi r.a.
130. Jubr bin ‘Atik r.a.
131. Malik bin Numailah al-Muzani r.a.
132. Al-Nu’man bin ‘Asr al-Ba’lawi r.a.
133. Abdullah bin Jubair r.a.
134. Asim bin Qais bin Thabit r.a.
135. Abu Dhayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.
136. Abu Hayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.
137. Salim bin Amir bin Thabit r.a.
138. Al-Harith bin al-Nu’man bin Umayyah r.a.
139. Khawwat bin Jubair bin al-Nu’man r.a.
140. Al-Munzir bin Muhammad bin ‘Uqbah r.a.
141. Abu ‘Uqail bin Abdullah bin Tha’labah r.a.
142. Sa’ad bin Khaithamah r.a.
143. Munzir bin Qudamah bin Arfajah r.a.
144. Tamim (maula Sa’ad bin Khaithamah) r.a.
145. Al-Harith bin Arfajah r.a.
146. Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair r.a.
147. Sa’ad bin al-Rabi’ bin Amru r.a.
148. Abdullah bin Rawahah r.a.
149. Khallad bin Suwaid bin Tha’labah r.a.
150. Basyir bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.
151. Sima’ bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.
152. Subai bin Qais bin ‘Isyah r.a.
153. ‘Ubbad bin Qais bin ‘Isyah r.a.
154. Abdullah bin Abbas r.a.
155. Yazid bin al-Harith bin Qais r.a.
156. Khubaib bin Isaf bin ‘Atabah r.a.
157. Abdullah bin Zaid bin Tha’labah r.a.
158. Huraith bin Zaid bin Tha’labah r.a.
159. Sufyan bin Bisyr bin Amru r.a.
160. Tamim bin Ya’ar bin Qais r.a.
161. Abdullah bin Umair r.a.
162. Zaid bin al-Marini bin Qais r.a.
163. Abdullah bin ‘Urfutah r.a.
164. Abdullah bin Rabi’ bin Qais r.a.
165. Abdullah bin Abdullah bin Ubai r.a.
166. Aus bin Khauli bin Abdullah r.a.
167. Zaid bin Wadi’ah bin Amru r.a.
168. ‘Uqbah bin Wahab bin Kaladah r.a.
169. Rifa’ah bin Amru bin Amru bin Zaid r.a.
170. Amir bin Salamah r.a.
171. Abu Khamishah Ma’bad bin Ubbad r.a.
172. Amir bin al-Bukair r.a.
173. Naufal bin Abdullah bin Nadhlah r.a.
174. ‘Utban bin Malik bin Amru bin al-Ajlan r.a.
175. ‘Ubadah bin al-Somit r.a.
176. Aus bin al-Somit r.a.
177. Al-Nu’man bin Malik bin Tha’labah r.a.
178. Thabit bin Huzal bin Amru bin Qarbus r.a.
179. Malik bin Dukhsyum bin Mirdhakhah r.a.
180. Al-Rabi’ bin Iyas bin Amru bin Ghanam r.a.
181. Waraqah bin Iyas bin Ghanam r.a.
182. Amru bin Iyas r.a.
183. Al-Mujazzar bin Ziyad bin Amru r.a.
184. ‘Ubadah bin al-Khasykhasy r.a.
185. Nahhab bin Tha’labah bin Khazamah r.a.
186. Abdullah bin Tha’labah bin Khazamah r.a.
187. Utbah bin Rabi’ah bin Khalid r.a.
188. Abu Dujanah Sima’ bin Kharasyah r.a.
189. Al-Munzir bin Amru bin Khunais r.a.
190. Abu Usaid bin Malik bin Rabi’ah r.a.
191. Malik bin Mas’ud bin al-Badan r.a.
192. Abu Rabbihi bin Haqqi bin Aus r.a.
193. Ka’ab bin Humar al-Juhani r.a.
194. Dhamrah bin Amru r.a.
195. Ziyad bin Amru r.a.
196. Basbas bin Amru r.a.
197. Abdullah bin Amir al-Ba’lawi r.a.
198. Khirasy bin al-Shimmah bin Amru r.a.
199. Al-Hubab bin al-Munzir bin al-Jamuh r.a.
200. Umair bin al-Humam bin al-Jamuh r.a.
201. Tamim (maula Khirasy bin al-Shimmah) r.a.
202. Abdullah bin Amru bin Haram r.a.
203. Muaz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
204. Mu’awwiz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
205. Khallad bin Amru bin al-Jamuh r.a.
206. ‘Uqbah bin Amir bin Nabi bin Zaid r.a.
207. Hubaib bin Aswad r.a.
208. Thabit bin al-Jiz’i r.a.
209. Umair bin al-Harith bin Labdah r.a.
210. Basyir bin al-Barra’ bin Ma’mur r.a.
211. Al-Tufail bin al-Nu’man bin Khansa’ r.a.
212. Sinan bin Saifi bin Sakhr bin Khansa’ r.a.
213. Abdullah bin al-Jaddi bin Qais r.a.
214. Atabah bin Abdullah bin Sakhr r.a.
215. Jabbar bin Umaiyah bin Sakhr r.a.
216. Kharijah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.
217. Abdullah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.
218. Yazid bin al-Munzir bin Sahr r.a.
219. Ma’qil bin al-Munzir bin Sahr r.a.
220. Abdullah bin al-Nu’man bin Baldumah r.a.
221. Al-Dhahlak bin Harithah bin Zaid r.a.
222. Sawad bin Razni bin Zaid r.a.
223. Ma’bad bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
224. Abdullah bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
225. Abdullah bin Abdi Manaf r.a.
226. Jabir bin Abdullah bin Riab r.a.
227. Khulaidah bin Qais bin al-Nu’man r.a.
228. An-Nu’man bin Yasar r.a.
229. Abu al-Munzir Yazid bin Amir r.a.
230. Qutbah bin Amir bin Hadidah r.a.
231. Sulaim bin Amru bin Hadidah r.a.
232. Antarah (maula Qutbah bin Amir) r.a.
233. Abbas bin Amir bin Adi r.a.
234. Abul Yasar Ka’ab bin Amru bin Abbad r.a.
235. Sahl bin Qais bin Abi Ka’ab bin al-Qais r.a.
236. Amru bin Talqi bin Zaid bin Umaiyah r.a.
237. Muaz bin Jabal bin Amru bin Aus r.a.
238. Qais bin Mihshan bin Khalid r.a.
239. Abu Khalid al-Harith bin Qais bin Khalid r.a.
240. Jubair bin Iyas bin Khalid r.a.
241. Abu Ubadah Sa’ad bin Uthman r.a.
242. ‘Uqbah bin Uthman bin Khaladah r.a.
243. Ubadah bin Qais bin Amir bin Khalid r.a.
244. As’ad bin Yazid bin al-Fakih r.a.
245. Al-Fakih bin Bisyr r.a.
246. Zakuan bin Abdu Qais bin Khaladah r.a.
247. Muaz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.
248. Aiz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.
249. Mas’ud bin Qais bin Khaladah r.a.
250. Rifa’ah bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.
251. Khallad bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.
252. Ubaid bin Yazid bin Amir bin al-Ajalan r.a.
253. Ziyad bin Lubaid bin Tha’labah r.a.
254. Khalid bin Qais bin al-Ajalan r.a.
255. Rujailah bin Tha’labah bin Khalid r.a.
256. Atiyyah bin Nuwairah bin Amir r.a.
257. Khalifah bin Adi bin Amru r.a.
258. Rafi’ bin al-Mu’alla bin Luzan r.a.
259. Abu Ayyub bin Khalid al-Ansari r.a.
260. Thabit bin Khalid bin al-Nu’man r.a.
261. ‘Umarah bin Hazmi bin Zaid r.a.
262. Suraqah bin Ka’ab bin Abdul Uzza r.a.
263. Suhail bin Rafi’ bin Abi Amru r.a.
264. Adi bin Abi al-Zaghba’ al-Juhani r.a.
265. Mas’ud bin Aus bin Zaid r.a.
266. Abu Khuzaimah bin Aus bin Zaid r.a.
267. Rafi’ bin al-Harith bin Sawad bin Zaid r.a.
268. Auf bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
269. Mu’awwaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
270. Muaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
271. An-Nu’man bin Amru bin Rifa’ah r.a.
272. Abdullah bin Qais bin Khalid r.a.
273. Wadi’ah bin Amru al-Juhani r.a.
274. Ishmah al-Asyja’i r.a.
275. Thabit bin Amru bin Zaid bin Adi r.a.
276. Sahl bin ‘Atik bin al-Nu’man r.a.
277. Tha’labah bin Amru bin Mihshan r.a.
278. Al-Harith bin al-Shimmah bin Amru r.a.
279. Ubai bin Ka’ab bin Qais r.a.
280. Anas bin Muaz bin Anas bin Qais r.a.
281. Aus bin Thabit bin al-Munzir bin Haram r.a.
282. Abu Syeikh bin Ubai bin Thabit r.a.
283. Abu Tolhah bin Zaid bin Sahl r.a.
284. Abu Syeikh Ubai bin Thabit r.a.
285. Harithah bin Suraqah bin al-Harith r.a.
286. Amru bin Tha’labah bin Wahb bin Adi r.a.
287. Salit bin Qais bin Amru bin ‘Atik r.a.
288. Abu Salit bin Usairah bin Amru r.a.
289. Thabit bin Khansa’ bin Amru bin Malik r.a.
290. Amir bin Umaiyyah bin Zaid r.a.
291. Muhriz bin Amir bin Malik r.a.
292. Sawad bin Ghaziyyah r.a.
293. Abu Zaid Qais bin Sakan r.a.
294. Abul A’war bin al-Harith bin Zalim r.a.
295. Sulaim bin Milhan r.a.
296. Haram bin Milhan r.a.
297. Qais bin Abi Sha’sha’ah r.a.
298. Abdullah bin Ka’ab bin Amru r.a.
299. ‘Ishmah al-Asadi r.a.
300. Abu Daud Umair bin Amir bin Malik r.a.
301. Suraqah bin Amru bin ‘Atiyyah r.a.
302. Qais bin Mukhallad bin Tha’labah r.a.
303. Al-Nu’man bin Abdi Amru bin Mas’ud r.a.
304. Al-Dhahhak bin Abdi Amru r.a.
305. Sulaim bin al-Harith bin Tha’labah r.a.
306. Jabir bin Khalid bin Mas’ud r.a.
307. Sa’ad bin Suhail bin Abdul Asyhal r.a.
308. Ka’ab bin Zaid bin Qais r.a.
309. Bujir bin Abi Bujir al-Abbasi r.a.
310. ‘Itban bin Malik bin Amru al-Ajalan r.a.
311. ‘Ismah bin al-Hushain bin Wabarah r.a.
312. Hilal bin al-Mu’alla al-Khazraj r.a.
313.Solleh bin Syuqrat r.a. (khadam Nabi s.a.w.)

Saturday, 4 August 2012

HUKUM PEMAKAIAN NIQAB

HUKUM PEMAKAIAN NIQAB

nama ktab; fathul qoribul mujib
pengarang; syaikh ahmad bin husaini bin ahmad al as fahani
status kitab; kitab yg digunakan untuk qaul2 ulamak yang muktamad(tiada qaul lain selepas kitab ini)penggunaan fatwa didalam ini adalah diterima oleh semua ulamak mazhab syafie termasuk syeikh ibnu hajar dan imam nawawi


(wajami'ie badani) al mar'tu (hurrati auratun illa wajhaha wakaffaiha) wahazihi aurotuha fissolati,amma khooriju solati faaurotuha jami'ie badani

baris 3 dari bawah;;
(bermula seluruh badan)perempuan (yg merdeka nisbah auratnya melainkan mukanya dan tapak tgnnnya) dan bermula ini qaul ialah pada solatnya pada solat,adapun keluar dari solat,maka bermula auratnya ialah seluruh tubuhnya

Kitab ini (Fathul Qoribul Mujib karangan Abi Suja' Ahmad bin Husaini bin Ahmad Al Asfahani )adalah susunan segala fatwa dan qaul yang "muktamad"(qaul yang tiada qaul dah selepas kitab ni),,maknanya ulama lain mempersetujui bhawa fatwa dari kitab ni adalah yang terakhir dan ijmak ulamak "hukum" mengatakan kitab ni adalah muktamad

dalam bab ni,,perbahasan aurat adalah wajib sebab hukum ini hukum yang wajib atas musolla(org bersolat) pada menyalahi lelaki dan prempuan..maka hukum yang dinyatakan menutup muka dan tapak tgn juga adalah wajib

adakah berpurdah itu wajib???

purdah ni isu furu"...isu furu' ni byak hukum,,,ada yang kata wajib,ada yang kata sunat...jadi dalam kitab ni kata purdah tu wajib,dalam kitab sabila muhtadi kata sunat...
jadi kita bebas memilih hukum yang bangsa "ikhtiroriyyah"(suka hati),,maka ikut suka kita nk pakai mana satu...

perbhasan ulamak diteruskan dalam kalimah "jami'e badani"(seluruh bdan)..
didalam mazhab syafie..hukum jami'e badani adalah ringan dimana hukum seluruh badan tidak termasuk mata..

ada jugak ulamak dikalangan imam syafie mensunatkan pemakaian purdah...

adapun mazhab hambali dan hanafi,hukum jami'e badani adalah berat,dimana mereka mewajibkan meutup mata dan mewajibkan pemakaian purdah,,,

dan pendapat kawan saya tu ckp lagi baik masa nak pakai tu,gunakan hukum wajib,sbb pahala akan diberikan atas standard wajib,byak pahala,,,,bila nak bukak,gunakan la hukum sunat,maknanya xberdosa la kalau bukak sbb purdah tu sunat,,,kalau pakai ikut hukum sunat,pahala akan diberi atas standrd sunat laa... :)




sumber dari :


sahabat saya yang hanya dikenali sebagai Zia Ul-Haqqani

Thursday, 2 August 2012

baca al quran ditepi kubur atau baca yassin kepada si mati~~
Imam Abu Hanifah :"Segala pahala dari sedekah dan lainnya sampai kepada mayat. Ia juga berkata : "Bacalah ayat Kursi tiga kali' dan "qul huwaLLahu Ahad" dan katakanlah : "Ya ALlah, Ya Tuhan kami, pahalanya untuk ahli kubur.""Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan tangan), berkata : "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kamu yang mendahului kami dalam iman."(Al Hasyr : 10)..

Imam Nawawi berkata dalam kitabnya Riadhus Solihin: Berkata Imam Shafie: Disunatkan bahawa dibacakan di sisinya (mayat) sesuatu daripada al Quran dan jika mereka mengkhatam seluruh al-Quran maka itu adalah lebih baik.

kata-kata Imam Shafie: Dan aku suka jikalau dibacakan al-Quran di sisi kubur dan didoakan terhadap mayat. (Dalam kitab Makrifatus Sunan karangan oleh Imam al-Baihaqi)..

Para ulama' telah bersepakat (berijma' atau berpendapat) mengatakan bahawa membaca Al-Quran di atas kubur adalah tidak haram, bahkan tidak berdosa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama' Hanafiah, Syafi'iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat, berdasarkan riwayat daripada Anas R.A ( hadis marfu' ):

من دخل المقابرفقرأ فيها (يس) خفف عنهم يومئذ، و كلان له بعددهم حسنات

Maksudnya: "Barangsiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur di hari tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah memperoleh pahala kebaikan"

Para ulama' Syafi'iyah berpendapat bahawa pahala tersebut akan sampai kepada si mati dengan diiringi bacaan doa :

اللَّهُمَّ اجْعَلْ مِثْلَ ثَوَابِ مَا قَرَأْتُ لِفُلان

Maksudnya: "Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan Al-Quran aku ini kepada si fulan"

Membaca al-Quran di kubur

1. tidak makruh bahkan disunatkan [mustahabb]- hanafiyyah, shafi'iyyah dan hanabilah. Juga pendapat Imam Muhammad b al-hasan as-sayaibani, al-qadhi Iyadh, dan imam al-qarafi al-maliki. Kata imam ahmad- tidak mengapa.

Dalil:
َما رَوَى أَنَسٌ مَرْفُوعًا قَال : مَنْ دَخَل الْمَقَابِرَ فَقَرَأَ فِيهَا يس خَفَّفَ عَنْهُمْ يَوْمَئِذٍ ، وَكَانَ لَهُ بِعَدَدِهِمْ حَسَنَاتٌ
Apa yg diriwayatkan drp Anas r.a. secara marfu': barangsiapa yang memasuki perkuburan kemudian dia membaca surah yasin diringankan[seksaan] bagi mereka[ahli qubur] pada hari tersebut, dan dia [pembaca] akan mendapat ganjaran lebaikan yg sama dengan jumlah mereka.
-hadis riwayat az-Zubaidi dlm ittihaf al-muttaqiin.
- komentar sheikh Ali Hashish dan al-Albani- hadis maudu [silsilah al-hadis al-wahiyyah 1/246, silsilah ahadis ad-daifah wa al-maudhu'ah 3/397]

Sebahagian ulama menyandarkan kata kata ini kpd al-imam as-shafi'i:

قَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللهُ : وَيُسْتَحَبُّ أنْ يُقْرَأ عِنْدَهُ شَيْءٌ مِنَ القُرآنِ ، وَإنْ خَتَمُوا القُرآنَ عِنْدَهُ كَانَ حَسَنَاً
Dan disunatkan membaca di sisinya sesuatu drp al-Quran, dan sekiranya dikhatamkan al-quran di sisinya al-quran adalah lebih baik.

Antaranya imam an-nawawi sendiri dlm riadus salihin. Selepas menyebut hadis hadis di bawah bab
باب الدعاء للميت بعد دفنه والقعود عند قبره ساعة للدعاء لَهُ والاستغفار والقراءة
- bab doa utk si mati slps dikuburkan, dan duduk seketika di sisi kuburnya utk berdoa untuknya dan memohon kemapunan", beliau menyebut kata kata yang disandarkan kpd al-imam as-syafi'I sendiri.

Hukum Membaca al-Quran di Kubur

Menjadi kebiasaan orang kita, apabila menziarahi kubur akan membaca ayat-ayat suci al-Quran, setidak-tidaknya surah al-Fatihah. Dan biasa juga yang duduk seketika di sisi kubur insan tersayang untuk membaca surah Yaasin. Zaman berzaman hal ini dilakukan, dari generasi moyang ke datuk seterusnya ke bapa dan akhirnya ke anak. Tanpa ada tegahan dan larangan atau sindiran daripada mana-mana pihak. Cuma akhir - akhir ini, ada yang membid`ahkan amalan membaca al-Quran di kuburan. Untuk pengetahuan, hal ini memang ada khilaf, bila ada khilaf terpulang untuk pihak mengikut mana pendapat yang hendak dipegang. Kita di rantau sini yang telah sekian lama mengikut mazhab Syafi`i yang berpegang kepada kesunnahan membaca al-Quran di kuburan. Imam an-Nawawi dalam "al-Adzkar" menyatakan:-
•Imam asy-Syafi`i dan sahabat-sahabatnya (yakni ulama-ulama mazhab Syafi`i) menyukai (dihukumkan mustahab) agar dibacakan sesuatu dari al-Quran di sisinya (di sisi perkuburan), bahkan mereka menyatakan jika sekiranya dikhatamkan sekalian al-Quran itu adalah baik.
Dalam kitab "ad-Dzakhiratuts-Tsaminah" dinyatakan :-

•Dan sesungguhnya terdapat riwayat mutawatir bahawasanya Imam asy-Syafi`i telah menziarahi kubur Imam Laits bin Sa`ad dan beliau telah memujinya dengan pujian yang baik dan telah membaca di sisi kuburnya al-Quran sekali khatam. Seterusnya beliau berkata: " Aku berharap agar berterusan perbuatan ini", dan begitulah berterusan perkara tersebut seperti demikian.
Dalam kitab yang sama juga dinyatakan:-

•Imam al-Khallal telah meriwayatkan Imam asy-Sya'bi sebagai berkata:- "Adalah orang-orang Anshar, jika ada yang meninggal dunia di antara mereka, maka mereka secara bergantian datang ke kuburnya untuk membacakan al-Quran.
Akhir kalam, buat kali ini, insya-Allah, Syaikh Abdur Rahman al-Jaziri dalam kitab "al-Fiqh 'ala Madzahibil Arba`ah" menyatakan:-

•Dan sewajarnya bagi orang yang menziarahi tanah perkuburan untuk menyibukan dirinya dengan doa dan tadharru` (merendah diri) dan mengambil iktibar dengan orang-orang mati serta membacakan al-Quran untuk si mati. Maka yang sedemikian tadi bermanfaat untuk si mati atas qawl yang asah.