Followers

Thursday, 2 August 2012

baca al quran ditepi kubur atau baca yassin kepada si mati~~
Imam Abu Hanifah :"Segala pahala dari sedekah dan lainnya sampai kepada mayat. Ia juga berkata : "Bacalah ayat Kursi tiga kali' dan "qul huwaLLahu Ahad" dan katakanlah : "Ya ALlah, Ya Tuhan kami, pahalanya untuk ahli kubur.""Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan tangan), berkata : "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kamu yang mendahului kami dalam iman."(Al Hasyr : 10)..

Imam Nawawi berkata dalam kitabnya Riadhus Solihin: Berkata Imam Shafie: Disunatkan bahawa dibacakan di sisinya (mayat) sesuatu daripada al Quran dan jika mereka mengkhatam seluruh al-Quran maka itu adalah lebih baik.

kata-kata Imam Shafie: Dan aku suka jikalau dibacakan al-Quran di sisi kubur dan didoakan terhadap mayat. (Dalam kitab Makrifatus Sunan karangan oleh Imam al-Baihaqi)..

Para ulama' telah bersepakat (berijma' atau berpendapat) mengatakan bahawa membaca Al-Quran di atas kubur adalah tidak haram, bahkan tidak berdosa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama' Hanafiah, Syafi'iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat, berdasarkan riwayat daripada Anas R.A ( hadis marfu' ):

من دخل المقابرفقرأ فيها (يس) خفف عنهم يومئذ، و كلان له بعددهم حسنات

Maksudnya: "Barangsiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur di hari tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah memperoleh pahala kebaikan"

Para ulama' Syafi'iyah berpendapat bahawa pahala tersebut akan sampai kepada si mati dengan diiringi bacaan doa :

اللَّهُمَّ اجْعَلْ مِثْلَ ثَوَابِ مَا قَرَأْتُ لِفُلان

Maksudnya: "Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan Al-Quran aku ini kepada si fulan"

Membaca al-Quran di kubur

1. tidak makruh bahkan disunatkan [mustahabb]- hanafiyyah, shafi'iyyah dan hanabilah. Juga pendapat Imam Muhammad b al-hasan as-sayaibani, al-qadhi Iyadh, dan imam al-qarafi al-maliki. Kata imam ahmad- tidak mengapa.

Dalil:
َما رَوَى أَنَسٌ مَرْفُوعًا قَال : مَنْ دَخَل الْمَقَابِرَ فَقَرَأَ فِيهَا يس خَفَّفَ عَنْهُمْ يَوْمَئِذٍ ، وَكَانَ لَهُ بِعَدَدِهِمْ حَسَنَاتٌ
Apa yg diriwayatkan drp Anas r.a. secara marfu': barangsiapa yang memasuki perkuburan kemudian dia membaca surah yasin diringankan[seksaan] bagi mereka[ahli qubur] pada hari tersebut, dan dia [pembaca] akan mendapat ganjaran lebaikan yg sama dengan jumlah mereka.
-hadis riwayat az-Zubaidi dlm ittihaf al-muttaqiin.
- komentar sheikh Ali Hashish dan al-Albani- hadis maudu [silsilah al-hadis al-wahiyyah 1/246, silsilah ahadis ad-daifah wa al-maudhu'ah 3/397]

Sebahagian ulama menyandarkan kata kata ini kpd al-imam as-shafi'i:

قَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللهُ : وَيُسْتَحَبُّ أنْ يُقْرَأ عِنْدَهُ شَيْءٌ مِنَ القُرآنِ ، وَإنْ خَتَمُوا القُرآنَ عِنْدَهُ كَانَ حَسَنَاً
Dan disunatkan membaca di sisinya sesuatu drp al-Quran, dan sekiranya dikhatamkan al-quran di sisinya al-quran adalah lebih baik.

Antaranya imam an-nawawi sendiri dlm riadus salihin. Selepas menyebut hadis hadis di bawah bab
باب الدعاء للميت بعد دفنه والقعود عند قبره ساعة للدعاء لَهُ والاستغفار والقراءة
- bab doa utk si mati slps dikuburkan, dan duduk seketika di sisi kuburnya utk berdoa untuknya dan memohon kemapunan", beliau menyebut kata kata yang disandarkan kpd al-imam as-syafi'I sendiri.

Hukum Membaca al-Quran di Kubur

Menjadi kebiasaan orang kita, apabila menziarahi kubur akan membaca ayat-ayat suci al-Quran, setidak-tidaknya surah al-Fatihah. Dan biasa juga yang duduk seketika di sisi kubur insan tersayang untuk membaca surah Yaasin. Zaman berzaman hal ini dilakukan, dari generasi moyang ke datuk seterusnya ke bapa dan akhirnya ke anak. Tanpa ada tegahan dan larangan atau sindiran daripada mana-mana pihak. Cuma akhir - akhir ini, ada yang membid`ahkan amalan membaca al-Quran di kuburan. Untuk pengetahuan, hal ini memang ada khilaf, bila ada khilaf terpulang untuk pihak mengikut mana pendapat yang hendak dipegang. Kita di rantau sini yang telah sekian lama mengikut mazhab Syafi`i yang berpegang kepada kesunnahan membaca al-Quran di kuburan. Imam an-Nawawi dalam "al-Adzkar" menyatakan:-
•Imam asy-Syafi`i dan sahabat-sahabatnya (yakni ulama-ulama mazhab Syafi`i) menyukai (dihukumkan mustahab) agar dibacakan sesuatu dari al-Quran di sisinya (di sisi perkuburan), bahkan mereka menyatakan jika sekiranya dikhatamkan sekalian al-Quran itu adalah baik.
Dalam kitab "ad-Dzakhiratuts-Tsaminah" dinyatakan :-

•Dan sesungguhnya terdapat riwayat mutawatir bahawasanya Imam asy-Syafi`i telah menziarahi kubur Imam Laits bin Sa`ad dan beliau telah memujinya dengan pujian yang baik dan telah membaca di sisi kuburnya al-Quran sekali khatam. Seterusnya beliau berkata: " Aku berharap agar berterusan perbuatan ini", dan begitulah berterusan perkara tersebut seperti demikian.
Dalam kitab yang sama juga dinyatakan:-

•Imam al-Khallal telah meriwayatkan Imam asy-Sya'bi sebagai berkata:- "Adalah orang-orang Anshar, jika ada yang meninggal dunia di antara mereka, maka mereka secara bergantian datang ke kuburnya untuk membacakan al-Quran.
Akhir kalam, buat kali ini, insya-Allah, Syaikh Abdur Rahman al-Jaziri dalam kitab "al-Fiqh 'ala Madzahibil Arba`ah" menyatakan:-

•Dan sewajarnya bagi orang yang menziarahi tanah perkuburan untuk menyibukan dirinya dengan doa dan tadharru` (merendah diri) dan mengambil iktibar dengan orang-orang mati serta membacakan al-Quran untuk si mati. Maka yang sedemikian tadi bermanfaat untuk si mati atas qawl yang asah.

No comments:

Post a Comment